Chelsea mahu lelong sembilan pemain bintang

Football
19 Aug 2025 • 10:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
STERLING

RAHEEM Sterling dilaporkan antara sembilan pemain yang mahu dilepaskan Chelsea sebelum jendela perpindahan musim panas ditutup.

Menurut laporan The Telegraph, pemain berusia 30 tahun itu bersama pihak kelab sepakat mencari penyelesaian tetap mengenai masa depannya walaupun pinjaman sekali lagi masih menjadi pilihan.

Sterling yang musim lalu dipinjamkan ke Arsenal gagal menyerlah apabila hanya meledak satu gol dalam 28 penampilan.

Difahamkan, pengendali pasukan, Enzo Maresca tidak lagi menyenaraikan nama Sterling dalam perancangannya musim ini malah profil serta gambarnya juga tiada dalam laman rasmi skuad utama kelab.

Ketika ini, Sterling menjalani latihan berasingan daripada pasukan utama.

Antara kelab yang berminat mendapatkan khidmat pemain sayap itu ialah Fulham, selain West Ham dan Crystal Palace.

Sterling dikatakan lebih cenderung kekal di London kerana faktor keluarga, namun masih terbuka untuk menimbang tawaran daripada kelab lain di Liga Perdana Inggeris mahupun luar negara.

Chelsea ketika ini turut berusaha melepaskan beberapa lagi pemain termasuk Christopher Nkunku, Nicolas Jackson, Renato Veiga, Axel Disasi, Carney Chukwuemeka, Ben Chilwell dan Tyrique George.

Difahamkan kelab London itu menyasarkan kutipan sekitar £300 juta (RM1.7 bilion) hasil jualan pemain bagi menutup baki perbelanjaan besar mereka.

Sementara itu, Bayern Munich dilaporkan sudah mengemukakan tawaran pinjaman untuk Nkunku, tetapi Chelsea lebih berminat menjualnya.

Perpindahan Veiga ke Atletico Madrid pula gagal tetapi Villarreal kini menunjukkan minat.

Chukwuemeka pula berhasrat kembali ke Borussia Dortmund, manakala Chelsea masih menanti penyelesaian status Jackson dan Nkunku sebelum meneruskan usaha membawa masuk Xavi Simons dan Alejandro Garnacho.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved