Chelsea sambar khidmat Fofana

Football
31 Aug 2022 • 11:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Boehly (kiri) bersama Fofana.

CHELSEA melengkapkan perpindahan pemain pertahanan, Wesley Fofana dari Leicester City, kata kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu pada Rabu.

Perpindahan itu menyaksikan pemain Perancis itu menandatangani kontrak tujuh tahun dengan kelab London barat tersebut.

Butiran kewangan tidak didedahkan, namun menurut laporan media tempatan perjanjian itu bernilai 70 juta pound.

"Wesley adalah pemain pertahanan yang mempunyai masa depan yang cerah selepas membuktikan kualitinya dalam liga pada usia muda.

"Kami gembira kerana dapat membawa seorang bakat paling menarik di Eropah ke Chelsea dan mengukuhkan lagi bahagian dalam skuad kami untuk musim ini," kata pengerusi Chelsea, Todd Boehly.

Pemain berusia 21 tahun itu beralih ke Liga Perdana Inggeris pada Oktober 2020, dari kelab Ligue 1, St Etienne dengan bayaran yang dilaporkan sehingga 36.5 juta pound.

Sepanjang dua musim di Leicester, dia membuat 52 penampilan dalam semua pertandingan, termasuk 37 aksi liga dan 11 dalam dua kempen Eropah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved