Cheng Hoe Nafi Akan Ambil Alih Skuad Bola Sepak Terengganu

LocalFootball
9 Oct 2024 • 11:43 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas ketua jurulatih skuad bola sepak Selangor, Tan Cheng Hoe menolak dakwaan kononnya dia akan menggantikan tempat Tomislav Steinbruckner bagi mengendalikan skuad Terengganu yang akan menghadapi baki saingan Liga Super 2024/2025.

image is not available

Foto: Facebook Tan Cheng Hoe

Menurut laporan Stadium Astro, Badrul Afzan buat masa ini merupakan jurulatih sementara Skuad Penyu sejak Steinbruckner memberi kata putus melepaskan jawatannya secara persetujuan bersama.

image is not available

Foto: Facebook Terengganu FC

Dua staf di barisan kejurulatihannya iaitu penolong jurulatih, Ivica Vranjes dan jurulatih kecergasan, Hrvoje Bradasic turut mengikuti proses berkenaan.

“Saya pun tak tahu apa berita pun dan saya tak dengar apa-apa berita dari Terengganu FC. Jadi saya fikir itu khabar angin sahaja” kata Cheng Hoe baru-baru ini.

Untuk rekod, Cheng Hoe adalah jurulatih kelab Thailand, Police Tero dimana kelab tersebut tersingkir daripada melayakkan diri ke liga divisyen dua Thailand selepas meraih hanya 28 mata selepas 30 perlawanan.

Sumber: stadium astro (Saufi Tahir)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved