Chery Bikin Comeback Di Malaysia, Akhirnya Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia, 30,073 Unit Terjual!

LocalCars
6 Jan 2026 • 6:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Chery Malaysia mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila merekodkan jualan kumulatif sebanyak 30,073 unit sejak tahun 2023 manakala, 12,930 unit pada tahun lalu.

Ini membuktikan Chery Malaysia yang telah membuat "comeback" ke Malaysia berjaya menawan hati orang Malaysia semula dengan pelbagai barisan model Chery.

Chery dilihat telah memperkenalkan OMODA 5 pada 2023 dan kemudian diikuti dengan Omoda E5 pada Mac 2024. Difahamkan OMODA 5 aalah model paling laris dimana ia telah mengukuhkan kedudukan Chery di pasaran automotif.

image is not available

Selepas OMODA, Chery melancarkan Tiggo 7 Pro, Tiggo Cross Turbo, Tiggo Cross Hybrid Electric Vehicle (HEV), sebelum Chery melangkah ke segmen plug-in hybrid (PHEV) dengan TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV.

image is not availableimage is not available

Susulan kejayaan itu, Chery memperkenalkan siri TIGGO untuk memenuhi pelbagai keperluan pemandu harian, dari keluarga muda hinggalah kepada mereka yang mencari kenderaan luas dan serba boleh untuk keselesaan.

Pada asalnya siri TIGGO dilancarkan dengan model ICE. Siri ini pantas berkembang dengan penambahan HEV dan PHEV dalam tahun yang sama (2025), dikuasakan oleh teknologi Super Hybrid (CSH) canggih Chery.

image is not available

Hari ini, barisan TIGGO menawarkan enam model dinamik dan menjadi penyumbang utama kepada jualan kenderaan Chery Malaysia pada tahun 2025 selaras dengan peralihan pasaran ke arah kenderaan tenaga baharu.

Selain jualan, Chery Group menutup tahun 2025 dengan jumlah jualan 2.806 juta kenderaan, peningkatan 7.8% tahun ke tahun, dan mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport automotif terkemuka China dengan 1.344 juta unit dihantar.

Nampaknya, Chery Malaysia dilihat mampu mengukuhkan kedudukannya sebaik fasiliti Smart Auto Industrial Park di Lembah Beringin, Selangor, kelak siap pada separuh pertama tahun ini.

image is not available

Fasiliti dengan pelaburan RM2.2bilion ini meliputi pembangunan seluas 200 ekar akan meningkatkan usaha lokalisasi, memperluas kapasiti pengeluaran dan mewujudkan peluang ekonomi.