Chery Kejutkan Bukit Bintang Dengan 'Kotak Misteri' Gergasi! – Teka Model & Menang

LocalCars
30 May 2025 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kalau anda berada di sekitar Jalan Bukit Bintang antara 29 Mei hingga 3 Jun, jangan terkejut melihat satu struktur pelik tetapi menarik berdiri megah di hadapan pintu masuk Starhill Gallery.

Struktur berbentuk ‘Kotak Misteri’ bersaiz gergasi itu bukan sekadar hiasan, ia merupakan inisiatif promosi kreatif daripada Chery Malaysia untuk memperkenalkan SUV terbarunya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Intai SUV Baharu Melalui Tingkap

Kotak gergasi tersebut membolehkan orang ramai mengintai model SUV baharu Chery yang disorokkan di dalamnya menerusi beberapa tingkap khas yang disediakan.

image is not availableimage is not available

Menurut pihak Chery, inisiatif ini bertujuan membangkitkan rasa ingin tahu dan memberi peluang kepada orang awam untuk menjadi antara yang terawal melihat kenderaan baharu mereka.

Teka Model & Menang Hadiah

image is not available

Menariknya, pengunjung yang berjaya meneka model SUV yang tersembunyi di dalam kotak ini dengan tepat berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada pihak Chery.

“Kami ingin menjemput rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk turut serta dalam keterujaan ini,” kata Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew, melalui satu kenyataan rasmi.

Ini Mungkin Petunjuknya...

image is not available

Perlukan petunjuk? Anda mungkin pernah nampak model ini di MAS 2025, nak tahu lebih terperinci? Boleh

.

Walaupun pihak Chery tidak mendedahkan secara rasmi model yang tersembunyi, beberapa petunjuk diberikan termasuk penggunaan hashtag #crosswonderfullife yang menjadi tema kempen.

Bagi peminat automotif yang hadir ke Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) baru-baru ini, ingatkah anda dengan satu unit teaser yang dipamerkan? Kalau anda perasan, rekaan grafiknya sama seperti yang dipaparkan pada kotak misteri ini.

Kunjungi & Dapatkan Barangan Eksklusif

image is not available

Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi dan menyertai kempen teka-teki ini. Selain melihat SUV baharu dengan lebih dekat, anda juga berpeluang mendapatkan barangan eksklusif Chery.

Maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di laman rasmi Chery Malaysia atau di Facebook rasmi mereka.

View Original Article