Chery Malaysia Mula Menjual EV Mereka – Chery Omoda E5 Pada Harga RM 146,800

TechnologyDigitalCars
6 Mar 2024 • 4:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Chery Malaysia pada harini telahpun melancarkan kereta elektrik mereka untuk pasaran tempatan iaitu Chery Omoda E5. Ia ditawarkan pada harga RM 146,800 dengan promosi menarik.

image is not available

Chery Omoda E5 mempunyai motor elektrik yang diletakkan di bahagian hadapan yang memberikan kuasa 204PS dan 340Nm tork, membolehkan ia memecut dari 0-100km/j sepantas 7.6 saat dengan kelajuan maksimum 172 km/j.

image is not available

Dari segi kapasiti bateri, ia mempunyai kapasiti bateri sebesar 61kWh yang mempunyai jarak perjalanan sehingga 430km berdasarkan pengiraan WLTP. Pengecasan pantas DC yang boleh diterima adalah 80kW dan membolehkan pengecasan dari 30-80% dalam masa 28 minit. Untuk pengecasan AC, kapasiti kuasa maksimum yang boleh diterima adalah 9.9kW serta menyokong fungsi 3.3kW V2L (Vehicle-to-load) yang membolehkan alatan elektrik disambungkan secara terus kepada Chery Omoda E5.

Antara fungsi lain termasuklah tambatan Apple CarPlay atau Android Auto secara nirwayar, pembesar suara Sony, pengecasan nirwayar untuk telefon pintar 50W, 6 beg udara, ADAS 2.5 dan bermacam lagi.

image is not available

Malah, Chery Malaysia turut menawarkan jaminan dan pakej menarik untuk model Omoda E5. Ia hadir dengan jaminan 7 tahun atau 150,000km, jaminan bateri 8 tahun atau 160,000, dan penukaran bateri sekiranya kesihatan bateri jatuh dibawah tahap 70%.

image is not available

Bagi 2000 pembeli pertama Chery Omoda E5 akan menerima pengecas dirumah, soket pengecas V2L dan juga kredit pengecasan RM 1000 yang boleh digunakan menerusi JomCharge dan rangkaian pengecasan yang menyokong perayauan pengecasan.

image is not available

Pada harga RM146,800 Chery Omoda E5 akan ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna dan bakal memberikan saingan dengan kelas pertengahan kereta elektrik lain dari segi harga seperti BYD Atto 3, Tesla Model 3, Smart #1 Pro dan banyak lagi yang masing-masing dijual lebih dari RM150,000.