Chery Omoda 5 Gandar Tercabut, Adakah Omoda E5 Berisiko?

Cars
30 Apr 2024 • 6:23 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Anda dah dengar tentang Chery Omoda 5 yang gandar belakangnya tertanggal daripada tempatnya?

Ya, itulah isu terbaharu yang melanda jenama kereta China itu selepas model yang sama dilapor ada masalah brek. Ia membangkitkan persoalan sama ada adakah versi elektrik juga bakal hadapi masalah yang sama?

Omoda E5 dilengkapi sistem pengampai multi-link

Walaupun Omoda E5 berkongsi platform dengan Omoda 5, terdapat beberapa perbezaan ketara antara versi petrol dengan versi elektrik. Salah satu perbezaan ketara adalah pada sistem pengampai belakang yang diguna pakai.

Omoda 5, mengikut helaian spesifikasi menggunakan sistem jenis torsion beam sementara Omoda E5 menggunakan sistem jenis multi-link.

image is not available

image is not available

Kami juga telah mengambil gambar bahagian bawah kedua-dua kereta untuk menunjukkan kepada anda perbezaanya.

image is not available
Beza sistem pengampai Omoda 5 (kanan) dengan Omoda E5 (kiri)

image is not available
Beza sistem pengampai Omoda 5 (bawah) dengan Omoda E5 (atas)

Sistem QC Chery bermasalah?

Sistem pengampai torsion beam bukanlah sesuatu yang baharu. Ia sudahpun diguna pakai oleh banyak kereta sejak sekian lama. Antara model popular di Malaysia yang gunakan sistem jenis ini adalah Proton X70, Honda HR-V, dan juga Toyota Corolla Cross. Buat masa ini, masih belum kedengaran apa-apa insiden gandar tercabut dalam kalangan pemilik ketiga-tiga model tersebut.

image is not available

Walau bagaimanapun, Chery Malaysia telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan insiden tersebut. Kereta yang terjejas sudahpun diterima mereka dan siasatan sedang berjalan. Pihak pengeluar juga menyeru kepada pemilik Omoda 5 sedia ada yang khuatir boleh lakukan janji temu pemeriksaan secara percuma.