Chery Tiggo 4 Pro Raih ANCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

LocalCars
6 Mar 2025 • 3:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Menjelang pelancaran Chery Tiggo 4 Pro di Malaysia, model SUV kompak ini telah dianugerahkan penarafan keselamatan 5 bintang oleh Program Penilaian Keselamatan Kenderaan Baharu Australasia (ANCAP). Apa yang menariknya, ujian perlanggaran bagi model ini sebenarnya tidak dilakukan secara langsung, sebaliknya penilaian diperoleh berdasarkan keputusan ujian fizikal model "kembar rapatnya", Chery Tiggo 7 Pro.

Penilaian Berdasarkan Model Rakan Seplatform

image is not available

Walaupun saiz Chery Tiggo 4 Pro lebih kecil berbanding Tiggo 7 Pro, model ini berkongsi banyak persamaan dari segi struktur dan ciri keselamatan. Kedua-dua model dibangunkan atas platform T1X yang sama.

Enjin yang digunakan juga berbeza, di mana Tiggo 4 Pro menggunakan enjin 1.5 liter turbo 4 silinder, manakala Tiggo 7 Pro lebih berkuasa dengan enjin 1.6 liter TGDi.

Tetapi ANCAP menyatakan bahawa aspek keselamatan seperti titik cangkuk tali pinggang keledar hadapan, jumlah pintu sisi dan saiz blok enjin masih memenuhi garis panduan yang ditetapkan, membolehkan Tiggo 4 Pro memperoleh penilaian yang sama dengan Tiggo 7 Pro.

Menurut ANCAP, “Model ‘rakan’ tidak akan menerima penarafan yang sama sekiranya ia dilancarkan lebih daripada dua tahun selepas model asal dinilai.”

Namun, dalam kes ini, Tiggo 4 Pro masih dalam tempoh yang dibenarkan untuk berkongsi keputusan ujian perlanggaran.

Keputusan Ujian Keselamatan

image is not available

Berdasarkan ujian keselamatan yang telah dijalankan, kedua-dua model berkongsi jumlah skor yang sama untuk ujian perlindungan penumpang dewasa (AOP) dan perlindungan kanak-kanak (COP), masing-masing mencatat 88% dan 87%.

Selain kedua-dua ujian tersebut, Tiggo 4 Pro memperoleh skor 79% dalam ujian perlindungan pejalan kaki, 1% lebih rendah daripada Tiggo 7 Pro, ia berpunca daripada prestasi sedikit lemah dalam pengesanan pejalan kaki, khususnya dalam senario kanak-kanak yang berlari ke jalan secara tiba-tiba pada waktu siang dan malam.

image is not availableimage is not available

Walaupun ANCAP tidak menjalankan ujian pelanggaran secara langsung ke atas Tiggo 4 Pro, badan penilai itu tetap menguji sistem keselamatan canggih model ini dan memberikan skor 85%. Sebagai perbandingan, Tiggo 7 Pro mencatat skor yang sedikit lebih tinggi iaitu 86%.

Walaupun memperoleh penarafan 5 bintang, ANCAP menegaskan bahawa ia hanya terpakai kepada model yang dihasilkan selepas November 2024. Unit terdahulu perlu menjalani proses panggil balik di Australia bagi pengemaskinian sistem brek kecemasan automatik (AEB). ANCAP juga memastikan bahawa semua model yang diuji telah melalui proses penambahbaikan ini.

image is not availableimage is not available

Dengan pencapaian 5 bintang ANCAP untuk Tiggo 4 Pro, jenama automotif dari Wuhu terus mengekalkan rekod cemerlangnya. Sebelum ini, model seperti Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro Max dan Omoda E5 juga telah menerima penarafan tertinggi daripada badan penilai keselamatan tersebut.

Bila Chery Tiggo 4 Pro Akan Dilancarkan Secara Rasmi?

image is not availableimage is not available

Chery Tiggo 4 Pro facelift (atau turut dikenali sebagai Chery Tiggo Cross) dipamerkan di China tahun lalu

Tiggo 4 Pro facelift mula diperkenalkan semasa Chery International Business Summit tahun lalu dan pada asalnya dijadualkan untuk membuat kemunculan rasmi pada suku keempat 2024.

Memandangkan model ini sudah diperkenalkan di Indonesia sebagai Chery Tiggo Cross, tidak mustahil kita akan melihat kemunculannya di Malaysia dalam masa terdekat. Nantikan pengumuman rasmi dari Chery Malaysia.

Ikuti perkembangan terkini dalam dunia automotif hanya di Carz.com.my