Chery Tiggo 7 & 8 PHEV CSH Capai Euro NCAP 5 Bintang Selepas Penambahbaikan

LocalCars
17 Oct 2025 • 2:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Dua model hibrid plug-in terbaru dari Chery, iaitu Tiggo 7 dan Tiggo 8 PHEV CSH, berjaya memperoleh penarafan lima bintang penuh dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP) yang dijalankan baru-baru ini.

Peningkatan Skor Keselamatan

image is not availableimage is not available

Dalam penilaian terbaru ini, kedua-dua SUV hibrid tersebut mencatatkan peningkatan prestasi dengan skor keseluruhan sebanyak 82% bagi kategori penumpang dewasa, 85% untuk penumpang kanak-kanak, 80% bagi pengguna jalan raya yang terdedah dan 78% dalam kategori bantuan keselamatan.

Sebelum ini, pada bulan Julai tahun ini, kedua-dua model ini hanya memperoleh empat bintang disebabkan kelemahan dalam kategori perlindungan kepala kanak-kanak semasa menerima impak hentaman dari sisi.

Penambahbaikan Sistem Perlindungan

image is not availableimage is not available

Bertindak berdasarkan saranan daripada Euro NCAP, syarikat automotif dari Wuhu itu telah memperbaiki sistem perlindungan pada kedua-dua SUV, dan isu tersebut disahkan selesai melalui ujian penilaian semula, menjadikan kedua-duanya berjaya mencapai penarafan lima bintang.

Pengarah Program Euro NCAP, Dr. Aled Williams berkata, “Euro NCAP sangat menghargai contoh pengeluar kereta yang bertindak balas secara positif terhadap keputusan ujian keselamatan bebas dan ketat kami. Chery mengambil tindakan pantas membetulkan masalah yang telah dikenal pasti dan pembaikan ini telah menaikkan penarafan Tiggo kepada lima bintang. Mencapai penarafan keselamatan tertinggi adalah untuk manfaat pengguna.”

image is not availableimage is not available

Penarafan terbaru ini turut mengukuhkan rekod cemerlang Chery yang sering mendapat lima bintang dalam pelbagai ujian keselamatan di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, model Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro Max versi Australia berjaya memperoleh pengiktirafan lima bintang melalui Program Penilaian Keselamatan Kenderaan Baharu Australasia (ANCAP). Di samping itu, Chery Omoda 5 juga meraih skor lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Ujian Keselamatan Tambahan di Seluruh Dunia

Selain daripada ujian pelanggaran, Chery juga menjalankan pelbagai ujian ketahanan global bagi memastikan tahap keselamatan tinggi kenderaan mereka. Antaranya, Tiggo 7 PHEV berjaya melepasi ujian kemalangan bateri dengan kelajuan tinggi di Mexico. Manakala, bateri Tiggo 8 PHEV pula diuji ketahanan dalam ujian rendaman air laut selama lebih 50 jam di Indonesia.