Chevy Silverado EV Memecahkan Rekod Perjalanan EV Dengan 1704 km Sekali Caj

Cars
7 Aug 2025 • 3:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua isu utama penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia ialah harga yang terlalu mahal dan kedua jarak perjalanan yang masih terhad. Isu ini tidak dibantu oleh peningkatan stesen pengecas yang tidak berkadaran sama dengan jumlah EV di jalan raya. Ini bukan isu sekiranya anda memandu Chevy Silverado EV yang baru sahaja mencatatkan jarak perjalanan 1,704.6 km (1,059.2 batu) dengan sekali caj dengan penggunaan tenaga 7.88 km/kWh (4.9 batu/kWh).

image is not available

Chevy Silverado EV memecahkan rekod dunia yang dipegang Lucid Air Grand Touring yang dipandu 1,205 km (749 batu) dengan sekali caj pada pertengahan bulan lalu. Bagi mencapai jarak 1,704.6 km ini, Chevy melakukan beberapa perubahan kepada kenderaan asal yang mempunyai jarak pemanduan 7893 km (493 batu).

image is not available

Pertama sekali bilah pengelap cermin dikecilkan bagi mengurangkan rintangan udara. Tayar kemudiannya dipam ke tekanan paling tinggi dan tayar ganti tidak diletakkan. Penutup untuk bahagian kargo ditambah dan sepanjang perjalanan sistem kawalan hawa kabin dimatikan. Akhir sekali trak EV ini dipandu pada kelajuan maksimum 32-40 mk/j sahaja.

Walaupun sudah memecahkan rekod yang dicatatkan Lucid Air Grand Touring, Chevy tidak memohon untuk kejayaan mereka diiktiraf oleh Buku Rekod Guinness. Oleh itu jika selepas ini anda terbaca rekod dipegang oleh Lucid Air Grand Touring, ini ialah Rekod Guinness dan bukan rekod dunia mutlak.