Chicken Chup! Menu Istimewa Sempena Ulang Tahun The Chicken Rice Shop

Food
11 Jun 2024 • 2:16 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Menikmati sepinggan nasi ayam di The Chicken Rice Shop (TCRS) boleh membuatkan banyak hati yang berbunga riang. Maklumlah dengan harga yang mesra poket, pengunjung sudah boleh menikmati makanan yang lengkap dengan serat dan protein, serta mengenyangkan.

Sempena meraikan ulang tahun ke-24 mereka tahun ini, TCRS mempersembahkan menu istimewa, Chicken Chup! untuk dinikmati pada bila-bila masa bersama keluarga dan teman-teman. 

Boleh didapati di semua stor TCRS di seluruh negara sehingga 11 Ogos hadapan, Chicken Chup! merupakan hidangan unik dengan potongan ayam yang lembut bersama sos sentuhan lada hitam dan limau. 

Ciptaan inovatif ini menawarkan pengalaman rasa lain daripada yang lain dengan dagingnya yang lembut dilapisi dengan sos yang kaya dengan perisa lada dan sentuhan limau yang menyelerakan. Namun, perlu diingatkan jika anda tidak gemar atau tidak mampu menikmati makanan pedas, Chicken Chup! bukanlah untuk anda. 

Untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza, Chicken Chup! menawarkan tiga pilihan set iaitu Set Chup Satu, Chup Dua, dan Chup Empat. 

Selain itu, untuk menghilangkan dahaga dan melegakan kepedasan ayam, boleh pesan minuman istimewa yang juga tersedia untuk waktu yang terhad iaitu, Chup and Chill. Minuman berkarbonat dan menyegarkan adalah pelengkap pada hidangan terbaru ini.

image is not available
Minuman Chup and Chill

"Menu yang baru dilancarkan adalah cara kami untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan setia yang tidak pernah jemu memberikan sokongan. Kami berharap menu ini dapat membawa kegembiraan dan kepuasan kepada setiap orang yang mencubanya.

“Kami akan terus berusaha untuk menyediakan pengalaman menjamu selera yang terbaik dan memperluaskan jangkauan kami ke seluruh negara," ujar Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd, Wong Kah Yong. 

Dari permulaan yang sederhana, TCRS terus berkembang, menyesuaikan diri dengan perubahan citarasa dan kegemaran di samping terus menerus setia kepada akar budayanya. 

Pengenalan Chicken Chup! adalah bukti semangat inovatif mereka dan komitmen terhadap kecemerlangan masakan. Selama beberapa tahun, TCRS telah memperkenalkan pelbagai hidangan popular, setiap satu mencerminkan pelbagai rasa dan citarasa kaya dalam masakan Malaysia. Evolusi berterusan ini telah mengukuhkan reputasinya sebagai sebuah restoran makanan yang diminati ramai.

"Perjalanan ini tidak terlepas dari cabaran, tetapi sokongan yang tidak berbelah bagi dari pelanggan setia kami dan keikhlasan pasukan kami telah menjadi daya pendorong di sebalik kejayaan kami.

"The Chicken Rice Shop kekal teguh, memperlihatkan dedikasi kami untuk menyajikan masakan asli Malaysia. Keupayaan kami untuk mengatasi rintangan dan menjadi lebih kuat mencerminkan kepercayaan dan kesetiaan yang kami peroleh dari pelanggan kami selama 24 tahun," tambah Kah Yong.

image is not available
Pengenalan Chicken Chup! adalah bukti semangat inovatif TCRS dan komitmen terhadap kecemerlangan masakan.

Sempena sambutan ulang tahun ke-24 TCRS, sertai pertandingan Chup and Snap untuk mendapatkan peluang memenangi ganjaran yang luar biasa. 

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web www.thechickenriceshop.com  atau ikuti mereka di paltform sosial media. - Getaran, 11 Jun 2024

Foto : The Chicken Rice Shop