Chiesa mahu bantu Juventus

Football
22 Feb 2023 • 11:21 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Federico Chiesa

BINTANG Serie A, Juventus Federico Chiesa terdesak untuk kembali cergas bagi mengambil bahagian dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Europa menentang kelab Ligue 1 Perancis, FC Nantes.

Pemain sayap Itali berusia 25 tahun itu kembali selepas hampir 12 bulan merehatkan diri sejak November tahun lalu, berikutan kecederaan ligamen pada Januari 2022.

Chiesa mula beraksi dengan lebih konsisten untuk Juventus sejak beberapa minggu lalu tetapi terlepas kemenangan 2-0 ke atas Spezia apabila mengalami ketegangan otot, semasa seri 1-1 menentang Nantes minggu lalu.

Menurut portal sukan tempatan, Calciomercato.com, Chiesa mengambil bahagian secara ringkas dalam sesi latihan bersama rakan sepasukan Juventus sebelum berpisah untuk meneruskan rejim latihan peribadinya.

Pemain sayap Itali itu dilaporkan terdesak untuk membantu pasukannya mara ke pusingan seterusnya Liga Europa, selepas Juventus seri 1-1 di Turin minggu lalu.

Jurulatih, Massimiliano Allegri akan membuat keputusan muktamadnya, namun kemungkinan Chiesa akan menyertai rakan sepasukannya untuk perjalanan ke Perancis dan mungkin diturunkan pada separuh masa kedua.

LIGA EUROPA JUMAAT (24 FEBRUARI)

Pusingan 16

perlawanan kedua

Nantes (1) lwn (1) Juventus, 1.45 pagi

PSV Eindhoven (0) lwn (3) Sevilla, 1.45 pagi

Midtjylland (1) lwn (1) Bayer Leverkusen, 1.45 pagi

Union Berlin (0) lwn (0) Ajax Amsterdam, 4 pagi

AS Roma (0) lwn (0) RB Salzburg, 4 pagi

Rennes (1) lwn (2) Shakhtar Donetsk, 4 pagi

Manchester United (2) lwn (2) Barcelona, 4 pagi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved