Chill Dengan Anak-Anak, 5 Filem Netflix Sesuai Ditonton Sekeluarga Hujung Minggu Ini

3 Dec 2022 • 9:29 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tengok movie kat rumah je

Chill Dengan Anak-Anak, 5 Filem Netflix Sesuai Ditonton Sekeluarga Hujung Minggu Ini. Sempena hujung minggu ini, pasti ibu bapa runsing untuk memikirkan aktiviti apa yang sesuai untuk dilakukan bersama anak-anak agar mereka tidak bosan duduk di rumah seharian.

Haa, apa kata anda layan filem netflix yang menarik dan trending minggu ini bersama anak-anak di ruang tamu sambil menjamah popcorn.

Min dah senaraikan lima filem netflix yang ‘pecah panggung’ pastinya akan membuatkan anda seisi keluarga chill dan happy hujung minggu ini.

image is not available
Chill Dengan Anak-Anak, 5 Filem Netflix Sesuai Ditonton Sekeluarga Hujung Minggu Ini

Jom layan filem menarik hujung minggu ni

Slumberland

Mengisahkan tentang seorang gadis kecil menemui sebuah peta rahsia ke dunia mimpi yang diberi nama Slumberland

Dengan bantuan pak ciknya dia merentasi mimpi dan melarikan diri dari mimpi ngeri dengan harapan dapat melihat mendiang bapanya semula.

The School For Good And Evil

Seperti Harry Potter dan Fantastic Beast, filem ini menampilkan kehidupan di sebuah sekolah sihir.

Di mana murid di sekolah itu dilatih untuk meneruskan kisah buku dongeng lalu dipecah kepada pihak yang baik dan juga jahat.

Enola Holmes 2

Filem ini mengisahkan tentang Enola Holmes yang mempunyai impian untuk menjadi seorang detektif seperti abangnya Sherlock Holmes.

Namun, ramai yang merendahkan dirinya menjadi seorang detektif kerana Enola merupakan seorang perempuan yang dipandang rendah ketika itu.

Troll

Menceritakan tentang makhluk troll kuno berukuran rasaksa yang terbangun di pergunungan Dovre setelah ledakan besar dari projek pembangunan terowong jalan kereta api.

A Boy Called Christmas

Kisah filem ini bermula saat seorang anak lelaki bernama Nikolas melakukan pertualangan luar biasa sewaktu musim sejuk.

Dalam perjalanan itu, Nikolas berhadapan dengan banyak rintangan dan perkara ajaib yang menakjubkan.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Jadi, macam mana guys? Menarik kan filem netflix yang trending minggu ini. Pastinya semua filem yang min dah senaraikan ini sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

Harap anda semua have fun hujung minggu ini. Yeay!