China bentang permaidani merah sambut ketibaan PM

Politics
1 Apr 2023 • 6:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) memeriksa kawalan kehormat pada sambutan rasmi yang diadakan oleh Perdana Menteri China, Li Qiang (kiri) di Great Hall of the People, pada Sabtu. - Foto Bernama

BEIJING - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu disambut dengan hamparan permaidani merah, sambutan rasmi kerajaan China sempena lawatannya ke negara tembok besar itu.

Ketibaan beliau di Balai Timur Great Hall of the People disambut oleh rakan sejawatannya dari China Li Qiang.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara kemudiannya dimainkan sebelum Anwar dibawa memeriksa barisan kawalan kehormat.

Kedua-dua pemimpin itu kemudiannya mengadakan mesyuarat dua hala. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved