China Dilapor Berdepan Tarif 245 Peratus Susulan Tindak Balas Perdagangan

WorldBusiness & Finance
17 Apr 2025 • 11:54 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perang dagang melibatkan dua negara besar China dan Amerika Syarikat (AS) masih belum menemui jalan penyelesaian malah dilihat semakin bertambah buruk.

China berdepan tarif 245 peratus

image is not available

Foto: Berita RTM

Menurut laporan Anadolu Ajansi (AA), Amerika Syarikat dilaporkan akan mengenakan kadar cukai baharu kepada negara tersebut sebanyak 245 peratus rentetan tindak balas perdagangan terhadap Beijing.

“China kini berdepan tarif sehingga 245 peratus ke atas barangan import ke AS ekoran tindak balas perdagangan mereka.

“Lebih 75 negara telah menghubungi AS untuk berunding berkenaan perjanjian dagang baharu. Sehubungan itu, tarif yang lebih tinggi terhadap negara-negara lain kini ditangguhkan untuk memberi laluan kepada rundingan, kecuali negara China.

“Beberapa bulan lalu, negara itu mengharamkan eksport galium, germanium, antimoni serta pelbagai logam lain yang berpotensi digunakan dalam sektor pertahanan.

“Minggu ini, China turut menggantung eksport enam logam nadir bumi berat serta magnet nadir bumi – komponen penting dalam sektor automotif, aeroangkasa, semikonduktor dan kontraktor ketenteraan global,” lapor Anadolu Ajansi pada Rabu.

image is not available

Foto: Vocket

Terdahulu, AS dilaporkan telah melancarkan tarif sebanyak 125 peratus kepada barangan China dengan tambahan khusus sebanyak 20 peratus untuk kimia fentanyl menjadikan ia 145 peratus secara keseluruhan.

Walaupun kadar tarif sebenar tidak diberitahu secara terperinci namun kenyataan itu memberi bayangan awal bahawa kadar yang akan dikenakan kepada China boleh mencecah 245 peratus. Untuk rekod, minggu lalu negara republik itu telah menaikkan tarif ke atas produk AS sehingga 125 peratus, manakala Presiden Trump pula menaikkan tarif ke atas barangan dari China kepada 145 peratus tetapi mengenakan tempoh penangguhan 90 hari bagi tarif ke atas produk dari negara-negara lain. Sumber: