China Haramkan Pemegang Pintu Kereta Boleh Disorok Bermula 1 Januari 2027

WorldCars
3 Feb 2026 • 3:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kenderaan model khususnya EV dilengkapi pintu automatik yang menggunakan kuasa elektrik dengan ia boleh dibuka menggunakan butang. Tetapi pihak Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China akan mengharamkan penggunaan pintu kereta yang boleh disorok bermula 1 Januari 2027. Pengumuman asal dilakukan pada penghujung Disember lalu tetapi kini garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pengeluar kenderaan telah diterbitkan.

image is not available

Bermula 1 Januari 2027, semua kereta di China perlu mempunyai mekanisme di bahagian dalam dan luar pintu. Pada bahagian luar pintu, ruang lekuk minimum 6×2× 2.5 cm perlu wujud untuk pemegang diakses. Di bahagian dalam pula, perlu ada tanda arahan sebesar sekurang-kurangnya 1×0.7 cm menunjukkan cara bagaimana pintu boleh dibuka. Model kereta yang sudah diluluskan tetapi belum dipasarkan diberi lanjutan dua tahun untuk mengubah suai reka bentuk pemegang pintu

Dalam kemalangan melibatkan EV, kuasa elektrik terputus dan menyebabkan penumpang terperangkap di dalam kenderaan. Sistem mekanikal kecemasan yang disertakan adalah tersorok dan sudah berlaku beberapa kes penumpang mati terbakar.

Pintu elektrik dengan pemegang tersorok juga tidak membenarkan orang di luar membuka pintu untuk menyelamatkan mangsa. Di Amerika Syarikat, Tesla sudah disaman kerana mendakwa pintu Cybertruck tidak boleh dibuka selepas kemalangan menyebabkan penumpang mati terbakar. .

China ialah pasaran EV terbesar dunia pada ketika arahan kerajaan akan membawa perubahan besar pada rekaan kenderaan dalam masa terdekat. Untuk terus dipasarkan di China, pengeluar lain seperti Tesla dan Hyundai perlu akur dengan keperluan pihak berkuasa tempatan.