China Haramkan Penggunaan Perisian Sekuriti Keluaran Amerika Dan Israel

WorldTechnology
15 Jan 2026 • 1:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Perang teknologi antara China dan Amerika Syarikat nampaknya kembali hangat walaupun hemisfera utara kini di musim sejuk. Menurut laporan Reuters, China telah mengeluarkan arahan kepada syarikat-syarikat tempatan untuk berhenti menggunakan produk keselamatan siber daripada lebih sedozen firma Amerika Syarikat dan Israel.

image is not available

Langkah diambil oleh China atas faktor keselamatan negara. Antara nama-nama besar yang terkesan dengan larangan ini termasuklah VMware, Palo Alto Networks, Fortinet, CrowdStrike, McAfee, Check Point, CyberArk, dan Imperva.

Pihak berkuasa China dilaporkan bimbang bahawa perisian sekuriti ini mempunyai potensi mengumpul serta menghantar data sensitif ke luar negara tanpa kebenaran. Arahan yang diberikan pihak berkuasa dilihat selari dengan usaha China untuk mengurangkan kebergantungan kepada teknologi Barat dan menggantikannya dengan alternatif domestik.

Sebelum ini muncul laporan penjawat awam tidak lagi dibenarkan menggunakan peranti keluaran Amerika Syarikat seperti iPhone. Syarikat tempatan juga tidak digalakkan membeli cip kecerdasan buatan (AI) NVIDIA H200 kecuali sekiranya benar-benar perlu dan sebaliknya membeli cip keluaran syarikat tempatan,

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved