China, Jepun Dan Korea Selatan Bertemu Di Kuala Lumpur, Bincang Langkah Terbaik Tangani Tarif Trump

9 Apr 2025 • 9:32 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
China Jepun Korea Selatan Kuala Lumpur

Ketika dunia masih terkejut dengan langkah agresif tarif oleh Amerika Syarikat (AS), tiga kuasa besar Asia iaitu China, Jepun dan Korea Selatan mengadakan mesyuarat tiga pihak hanya lapan hari selepas pertemuan pertama tahun ini.

Menurut laporan Sinar Harian, langkah ini dilihat sebagai usaha terdesak ketiga-tiga negara untuk menghadapi tekanan ekonomi akibat tarif tinggi yang dikenakan AS terhadap barangan import mereka.

AS cetus ketegangan ekonomi global

image is not available

Presiden AS, Donald Trump, mengumumkan tarif asas 10% ke atas semua negara, termasuk tarif setinggi 34% terhadap China dan 24% terhadap Jepun. Korea Selatan pula sedang berusaha merundingkan semula tarif 25%.

Akibatnya, pasaran global merudum, mencatat kerugian lebih AS$10 trilion, manakala Bursa Malaysia kehilangan permodalan RM93.15 bilion.

Pakatan ekonomi Asia semakin kukuh

image is not available

Mesyuarat tersebut berlangsung di luar sesi Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12, dengan kehadiran wakil tertinggi dari ketiga-tiga negara.

Mereka turut mengesahkan komitmen bersama untuk mengukuhkan kerjasama ekonomi serantau, termasuk mempercepatkan rundingan perdagangan bebas tiga hala.

China mula bertindak balas

image is not available

Sebagai tindak balas terhadap langkah AS, China mengenakan tarif 34% ke atas semua import dari AS, berkuat kuasa 10 April ini.

Ini sekali gus memperlihatkan tahap ketegangan yang semakin meruncing dan mencetuskan kebimbangan terhadap perang perdagangan global yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dunia.

#ApaKataOhmedia

Dalam dunia yang semakin global, dasar keterbukaan dan kerjasama adalah kunci. Bila kuasa besar bersengketa, negara kecil boleh terjejas. Bijak merancang, pandai menyesuaikan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


The post

appeared first on

.