China kekal rakan dagang terbesar Sabah

18 Jun 2025 • 9:12 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Hubungan baik antara China dan Sabah dalam pelbagai bidang ekonomi menjadikan negara itu kekal sebagai rakan terbesar Malaysia, khususnya Sabah.

Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Dr Zhu Xinglong berkata Sabah yang mempunyai kedudukan strategik serta kaya dengan sumber alam semula jadi, memainkan peranan penting dalam pembentukan komuniti strategik bertaraf tinggi China-Malaysia.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan antara China dan Sabah mencatatkan pencapaian membanggakan dalam pelbagai bentuk kerjasama, termasuk perdagangan, pelaburan dan pelancongan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“China kekal sebagai rakan dagang terbesar Sabah selama beberapa tahun berturut-turut. Malah, dari Januari hingga Mei tahun ini sahaja, seramai 200,000 pelancong dari China telah berkunjung ke Sabah,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Jelas beliau, kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan diri beliau sebagai Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu yang baharu dan menyerahkan Surat Pelantikan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Negeri China kepada Tun Musa.

Beliau menzahirkan harapan agar kerjasama dan hubungan dua hala China-Malaysia sepanjang lebih 50 tahun dapat diperkukuhkan dari masa ke semasa.

Dr Zhu Xinglong menggantikan Dr Huang Shi Fang yang memegang jawatan tersebut bermula 30 Mei 2022 sehingga penghujung Mac lepas.