China Kritik Sikap “Dua Darjat” Amerika Syarikat Susulan Laporan Pembangunan Satelit Pengintip

TechnologyDigital
18 Mar 2024 • 9:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa akaun sosial China kini mengkritik Amerika Syarikat yang mengamalkan sikap “dua darjat” – dimana Amerika Syarikat mengkritik China menyatakan membawa kesan kepada keselamatan dan sekuriti, sebaliknya mengikut laporan terbaru Amerika Syarikat sendiri dikatakan akan membangunkan ratusan satelit pengintip.

Mengikut laporan yang hadir pada penghujung minggu lepas, SpaceX milik Elon Musk dikatakan menerima kontrak berjumlah $1.8 bilion untuk membangunkan rangkaian satelit pengintip. Langkah ini sekaligus membawa kepada kebimbangan pelbagai pihak berkaitan dengan sekuriti dan keselamatan.

Malah, beberapa akaun media sosial China sendiri mengkritik sikap Amerika Syarikat ini, dan meminta supaya firma di negara tersebut “tidak membantu penjahat dalam melakukan kejahatan”. Ini juga dijangka membawa kepada cabaran keselamatan global baharu, termasuk dari segi kestabilan.

Laporan terbaru berkaitan kontrak SpaceX ini hadir, diambang Amerika Syarikat meluluskan perundangan baharu untuk membolehkan pengharaman TikTok yang dikatakan membawa kepada ancaman keselamatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved