China Lancarkan RealDID – ID Digital Menggunakan Rantaian Blok

TechnologyDigital
13 Dec 2023 • 9:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pendaftaran MyDigital ID akan dibuka pada Mac tahun depan. Sistem pengenalan digital kebangsaan ini dilancarkan bagi menyeragamkan sistem log masuk perkhidmatan kerajaan serta membolehkan pengesahan identiti dengan lebih baik di atas talian. Di China sistem RealDID telah diumumkan dengan ia menggunakan teknologi rantaian blok.

image is not available

RealDID menggunakan teknologi rantaian blok bagi mengesahkan identiti 1.4 bilion rakyat menerusi inisiatif ini. Pada Oktober lalu, platfom WeChat, Sina Weibo, Douyin, Kuaishou, dan Bilibili memerlukan pengguna yang mempunyai lebih daripada 500,000 pengikut perlu mengesahkan identiti sebenar mereka di atas talian. Sistem RealDID akan digunakan untuk pengesahan ini.

RealDID dibangunkan Kementerian Keselamatan Awam dengan ia menggunakan Rangkaian Perkhidmatan Rantaian Blok (BSN) yang turut diuruskan oleh kerajaan.