China Lantik Robot AI Jadi CEO, Bantu Tingkat Prestasi Syarikat

15 Sep 2022 • 11:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Baru-baru ini syarikat metaverse NetDragon Websoft dari China telah mencipta sejarah dengan melantik robot humanoid berkuasa kepintaran buatan (AI) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat.

Tang Yu yang dikenali sebagai CEO robot AI baharu dilaporkan akan berada di barisan hadapan Fujian NetDragon Websoft, yang memakai slogan ‘jabatan organisasi dan kecekapan’ untuk menyelia syarikat teknologi itu yang bernilai hampir RM2 billion.

Dalam satu kenyataan, pengerusi NetDragon Websoft Dr. Dejian Liu memaklumkan mengenai strategi pelantikan Tang Yu dalam meningkatkan kualiti syarikat miliknya.

“Tang Yu akan memantau aliran proses, memperbaiki kualiti kerja dan meningkatkan kelajuan dalam sesuatu pelaksanaan.

“Tang Yu juga akan membantu dari segi hab data masa dan bahan analitik supaya keputusan dibuat secara rasional dalam operasi harian, serta membolehkan sistem pengurusan risiko dilaksanakan dengan lebih berkesan,” kata Dejian dalam kenyataan itu.

Ujarnya, Tang Yu dijangka memainkan peranan penting dalam kemajuan bakat dan memastikan tempat kerja menjadi ‘kawasan’ yang adil dan saksama bagi semua pekerja.

Difahamkan, lembaga syarikat NetDragon Websoft mempercayai bahawa masa depan sesebuah pengurusan korporat adalah bergantung kepada kecerdasan buatan iaitu robot.

Pelantikan Tang Yu telah menjadikan satu simbolik untuk menerima dan memahami cara penggunaan AI dan menukar cara syarikat menjalankan perniagaan.

Setakat ini, tiada maklumat secara terperinci mengenai CEO robot berkuasa AI didedahkan, namun beberapa berita kontroversi telah mencetuskan perdebatan hangat di media sosial mengenai konsep mesin mengambil alih tugas manusia.

NetDragon Websoft terkenal cipta permainan video

Ditubuhkan pada tahun 1999, NetDragon Websoft merupakan salah satu syarikat pembuatan permainan video yang terkenal di China ekoran permainan videonya bertajuk Eudemons Online, Heroes Evolved, Conquer Online dan Under Oath telah berjaya mencipta nama di pasaran.

Pada masa hadapan, NetDragon Websoft dijangka akan berubah menjadi ‘komuniti kerja berasaskan metaverse’ susulan algoritma mengenai Tang Yu telah dikembangkan dalam mencipta pengurusan model yang telus.

View Original Article