Dianggarkan terdapat lebih 15,000 satelit mengelilingi bumi dengan majoritinya terletak di orbit bumi rendah (LEO). Satelit Starlink ialah antara yang terletak di LEO dan walaupun dilancarkan bagi kegunaan orang awam, ia terbukti juga menjadi aset penting dalam medan peperangan di Ukraine dan apabila internet dipadam seperti yang berlaku di Iran baru-baru ini.
Maka peluru berpandu anti satelit (ASAT) yang menawarkan perkhidmatan komunikasi telah dibangunkan oleh Amerika Syarikat, Rusia, China dan India. Tetapi dengan terdapat ribuan satelit LEO di angkasa, adalah hampir mustahil menghasilkan ribuan peluru berpandu ASAT. Oleh itu penyelidik dari Institut Teknologi Nuklear Barat Laut (NINT), China telah membangunkan sistem yang boleh memusnahkan satelit menggunakan gelombang mikro berkuasa tinggi menurut laporan SCMP.

Pemacu gelombang mikro berkuasa tinggi (HPM) iini. dinamakan TPG1000Cs dengan kuasa 20 gigawatt dan menembak berterusan selama 60 saat . Satelit yang digunakan oleh SpaceX misalnya boleh dimusnahkan menggunakan hanya 1GW gelombang mikro. Kelebihan sistem ini ialah ia boleh memusnahkan satelit tanpa ia meletup dan menghasilkan sampah angkasa lepas. Kedua satelit boleh dimusnahkan tanpa disedari musuh kerana tiada roket diperlukan dan gelombang mikro tidak boleh dilihat.,
TPG1000Cs unik kerana ia jauh lebih kecil berbanding pemacu gelombang mikro yang wujud sebelum ini. Ia boleh diletakkan di belakang trak untuk dibawa ke lokasi atau dihantar ke angkasa lepas untuk menjadi senjata angkasa lepas.
Senjata gelombang mikro telahpun terbukti berkesan untuk menangkis serangan dron seperti sistem Epirus Leonidas. Litar elektronik dron terbakar disebabkan gelombang mikro. Negara yang mempunyai senjata gelombang mikro boleh melumpuhkan sistem komunikasi musuh dan mematikan rangkaian internet di medan perang.
Kertas kajian telah diterbitkan dalam jurnal High Power Laser and Particle Beams.

