China Memperkenalkan Chatbot Wukong AI Di Stesen Angkasa Tiangong

WorldTechnology
22 Aug 2025 • 7:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Stesen angkasa Tiangong sudah beroperasi di orbit sejak 2022. Ia menjadikan China antara kuasa besar dalam dunia aeroangkasa. Kini mereka maju selangkah lagi selepas memperkenalkan chatbot Wukong AI di Tiangong bagi membantu angkasawan melakukan tugas mereka. Chabot dengan kecerdasan buatan ini dibangunkan oleh syarikat iFlytek menggunakan model sumber terbuka.

image is not available

Setakat ini Wukong AI sudah digunakan sejak sebulan lau oleh angkasawan untuk merancang aktiviti seperti bekerja di luar stesen angkasa. Ia berinteraksi dengan angkasawan menggunakan teks. Ia beroperasi dengan satu sistem di stesen angkasa dan satu lagi di bumi bagi memberikan jawapan yang relevan kepada soalan yang diberikan.

China menjadi negara kedua berjaya menggunakan AI berasaskan LLM di angkasa lepas. Tahun lalu Booz Allen dan HPE pertama kali menggunakan LLM di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sementara Airbus pula telah menguji robot dengan AI CIMON pada tahun 2018 juga bagi membantu angkasawan melakukan tugas mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved