China Mengarah Penyedia Perkhidmatan Untuk Melabelkan Kandungan Janaan AI, Bermula 1 September 2025

TechnologyDigital
15 Mar 2025 • 1:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

China kini mengeluarkan perundangan baharu, memerlukan penyedia perkhidmatan untuk melabelkan kandungan yang dijana menggunakan kecerdasan buatan, berkuat-kuasa 1 September 2025 kelak. Kandungan berkenaan perlulah dilabelkan secara terang, atau melalui metadata pada fail berkenaan.

Langkah ini adalah dalam usaha untuk mengawal maklumat palsu dan tidak tepat tersebar. Seperti ramai sedia maklum, kecerdasan buatan janaan turut telah meningkatkan pelbagai teks, gambar, audio dan juga video mula dikongsikan di web – kadangkala dengan pelbagai maklumat tidak tepat. Dengan melabelnya, ia dilihat akan memudahkan pengguna menyemak perkara berkenaan.

Ini juga dijangka akan mengurangkan penyalahgunaan kandungan janaan kecerdasan buatan.

Selain China, sebelum ini Kesatuan Eropah turut telah mengumumkan yang mana kandungan janaan kecerdasan buatan perlu dilabel.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved