China Mulakan Kajian Melihat Sama Ada Manusia Boleh Membiak Di Angkasa Lepas

WorldSpace
26 May 2026 • 12:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

China Mulakan Kajian Melihat Sama Ada Manusia Boleh Membiak Di Angkasa Lepas

Dalam karya sains fiksyen, manusia sudah meneroka melangkaui najam dan melakukan pembiakan dalam kapal angkasa. Tetapi sains belum mempunyai data mencukupi sama ada manusia boleh membiak selain di bumi. Menerusi misi Tianzhou-10  yang dilancarkan 11 Mei lalu, China memulakan kajian impak graviti sifar ke atas embrio.

China menghantar struktur embrio buatan manusia ke stesen angkasa Tiangong untuk melakukan eksperimen pertama seumpamanya. Embrio buatan ini dibina daripada sel tunjang manusia dan bukannya embrio sebenar serta tidak boleh berkembang menjadi individu.

Image from: China Mulakan Kajian Melihat Sama Ada Manusia Boleh Membiak Di Angkasa Lepas
Stesen Angkasa Tiangong

Eksperimen yang akan dilakukan mengkaji kesan mikrograviti terhadap perkembangan awal embrio manusia. Ini diharap boleh membantu memahami risiko pembiakan manusia di angkasa lepas yang penting untuk rancangan kolonisasi Bulan dan Marikh.

Dua jenis model embrio telah dihantar ke Tiangong iaitu yang disemai pada sel uterus untuk meniru proses implantasi dan yang kedua pula Dalam cip mikrocecair untuk meniru pembentukan lapisan sel awal. Setiap embrio ditempatkan dalam ruang kultur berasingan dan dibiarkan berkembang selama 5 hari sebelum dibekukan. Satu lagi sampel kembar dikaji di Bumi untuk perbandingan.

Tempoh perkembangan yang dikaji bersamaan 14–21 hari selepas persenyawaan yang kritikal untuk pembentukan organ manusia, Mikrograviti dan radiasi kosmik diketahui boleh merosakkan sel pembiakan dan mengganggu perkembangan embrio.

Eksperimen ini bertujuan mengenal pasti faktor risiko untuk pembiakan jangka panjang manusia di angkasa. dengan ia akan membantu menyediakan asas saintifik bagi kehidupan manusia di luar Bumi.

Tiga tahun lalu firma Spaceborn United dari Belanda mengumumkan rancangan melakukan pelbagai ujian saintifik untuk melihat sama ada manusia boleh membiak di angkasa lepas menerusi misi Misi ARTIS (Assisted Reproductive Technology In Space). Pada awalnya embrio haiwan mamalia akan dihantar tetapi sehingga kini tiada perkembangan sama ada mini akan diteruskan.

[sumber] China Academy of Science [/sumber]

View Original Article