China Sedang Membangunkan Ekranoplan Generasi Baharu

TechnologyDigital
7 Jul 2025 • 1:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ekranoplan ialah pesawat yang hanya boleh terbang beberapa kaki tinggi daripada permukaan laut dengan ia dibina oleh Russia lebih 60 tahun lalu sebagai platform pelancaran roket dan membawa kargo dengan pantas. Selepas pembinaan ekranoplan dihentikan Kesatuan Soviet, pesawat-pesawat prototaip yang dibangunkan telah dibiarkan usang oleh Rusia.

image is not available

Tetapi kini China nampaknya sudah memulakan pembangunan ekranoplan mereka sendiri. Pesawat yang diberi nama jolokan Raksasa Laut Bohai bersaiz lebih kecil jika dibandingkan dengan ekranoplan kelas Lun Soviet yang menerima nama jolokan Rakasa Laut Kaspia.

image is not available

Dua imej yang tertiris menunjukkan ekranoplan misteri China ini dilengkapi empat enjin yang diletakkan di atas sayap dan turut mempunyai ekor dengan konfigurasi huruf V. Pada awalnya terdapat spekulasi ia menggunakan enjin jet tetapi imej kedua menunjukkan terdapat kon di hadapan untuk kipas. Pr

image is not available
Projek Liberty Lifter

China sudahpun berjaya membangunkan pesawat amfibia terbang AVIC AG600 pada tahun 2017 dengan ia adalah untuk kegunaan rondaan perairan, misi menyelamat, pemantauan dan memadam api. Masih tidak diketahui apakah sebab Raksasa Laut Bohai dibangunkan.

Selain China, Amerika Syarikat juga berminat membangunkan ekranoplan di bawah Projek Liberty Lifter. Terdapat persamaan di antara Liberty Lifter cuma pada versi Amerika, enjin diletakkan di bahagian bawah sayap.

View Original Article