China seru masyarakat antarabangsa bantu tangani isu Palestin

26 Aug 2022 • 5:57 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BEIJING: Wakil tetap China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak secara substantif untuk membantu menyelesaikan isu Palestin secepat mungkin.

Berucap pada mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB yang membincangkan mengenai isu Palestin pada Khamis, beliau berkata konflik Gaza yang meletus pada Ogos lalu telah mengakibatkan kematian dan kecederaan ratusan penduduk, serta kerosakan infrastruktur.

Justeru, Zhang berkata pelbagai pihak terlibat perlu menghentikan tindakan yang boleh menambah ketegangan dan sebaliknya mencari jalan bagi meredakan ketegangan.

Beliau mencadangkan Palestin dan Israel untuk berunding dan mencapai kesepakatan serta menghentikan mengambil tindakan secara sepihak.

Zhang berharap ‘penyelesaian dua negara’ dapat segera dimuktamadkan untuk memastikan rakyat Palestin dapat kembali semua hak mereka dan merealisasikan kewujudan Palestin dan Israel yang harmoni , demi keamanan di rantau Asia Barat.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved