China sokong Cuba hadapi tekanan Trump

WorldPolitics
30 Sep 2026 • 11:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: China sokong Cuba hadapi tekanan Trump

BEIJING: China berikrar menyokong Cuba dalam mempertahankan kedaulatan negara itu daripada campur tangan luar selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa Havana akan tumbang dan menggesa perubahan asas di negara tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun berkata, Beijing akan menyokong Cuba dalam mempertahankan kedaulatan negara serta meneruskan laluan pembangunan yang sesuai dengan keada­an negara itu.

Beliau berkata demikian pada Isnin ketika China dan Cuba memperingati ulang tahun ke-66 hubu­ngan diplomatik kedua-dua negara.

Dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu, Trump menyifatkan Cuba sebagai ‘negara yang gagal sepenuhnya’ dan tempat perlindungan musuh asing di depan pintu AS.

Cuba kini berdepan krisis ekonomi terburuk dalam beberapa dekad, dengan negara itu meng­alami kekurangan bahan api dan makanan serta gangguan bekalan elektrik berpanjangan.

Sekatan AS selama beberapa dekad turut mengehadkan akses Cuba kepada pembiayaan, bahan api dan peralatan, sekali gus memburukkan masalah pengeluaran domestik yang rendah, kebergantungan kepada import serta infrastruktur tenaga  semakin usang.

Krisis itu bertambah buruk tahun ini selepas penghantaran minyak dari Venezuela dan Mexico terhenti. Menurut S&P Global, kedua-dua negara itu menyumbang kira-kira 86 peratus daripada minyak mentah yang diimport Cuba tahun lalu.

Penghantaran minyak dari Venezuela terhenti selepas operasi ketenteraan AS yang menyingkirkan Presiden Nicolas Maduro pada Januari. – AGENSI

The post China sokong Cuba hadapi tekanan Trump appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved