China tambah lagi tawaran 1,000 biasiswa kepada pelajar TVET

16 Jan 2024 • 7:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid berucap pada majlis perasmian Program TVET Place and Train UTeM@KPT di Dewan Canselori UTeM pada Selasa. Foto Bernama

image is not available
Ahmad Zahid (tengah) menandatangani plak gimik pelancaran Akademi TVET Wanita@UTeM di Dewan Canselori UTeM pada Selasa. Foto Bernama

MELAKA - Kerajaan China menawarkan tambahan 1,000 biasiswa lagi kepada lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk menjalani latihan di negara itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pelajar terpilih akan menjalani latihan dalam pelbagai bidang kemahiran antara tiga bulan hingga satu tahun di negara Tembok Besar itu yang merupakan antara sebahagian daripada 'Belt and Road Initiative (BRI)'.

"Kerajaan China akan membiayai 100 peratus kursus termasuk kemudahan dan lain-lain. Ini satu tawaran yang baik dan penempatan ini dibahagi-bahagikan antara institusi TVET yang ada.

"Mereka cuma meminta supaya tiket kapal terbang sahaja yang dibiayai oleh pelajar-pelajar dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan biayai tiket pergi dan balik untuk pelajar-pelajar TVET kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Program TVET Place & Train UTeM@KPT di Dewan Canselori, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal di sini pada Selasa. - Bernama

AKAN MENYUSUL