
Sekumpulan saintis China dilapor menemui sejenis mineral baharu di bulan, dikenali sebagai fosfat dalam kristal kolumnar dan dinamakan sebagai Changesite-(Y), lapor Daily Mail.
Mereka menemukan mineral tersebut selepas ia dipisahkan secara teliti daripada 140,000 zarah kecil dan kemudian dianalisis melalui satu siri kaedah mineralogi ‘tercanggih’ oleh Institusi Penyelidikan Uranium Geologi.
Difahamkan, Changesite-(Y) kini diletakkan dalam kategori merrilit iaitu mineral yang terdapat dalam batu bulan dan meteorit.
Penemuan mineral itu dikenal pasti dalam sampel batu dan tanah yang dibawa balik dari permukaan bulan pada tahun 2020.
Ia dibawa ‘turun’ selepas kapal angkasa Chang’e-5 kembali ke Bumi pada 17 Disember tahun itu dengan membawa sampel bulan pertama buat China.
Justeru, pengumuman penemuan itu sekali gus meletakkan China sebagai negara ketiga di dunia yang menemukan mineral baharu di bulan.
Sebelum ini, Amerika Syarikat (US) dan Rusia pernah melakar rekod sendiri selepas masing-masing berjaya menemukan mineral baharu di bulan pada tahun 1969.

Fosfat penting untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan
Fosfat, yang sebelum ini ditemui di Bumi adalah elemen penting untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan, namun kegunaan mineral itu masih belum diketahui sekiranya ia mempunyai sifat yang diperlukan di planet ini.
Dalam pada itu, fosfat juga merupakan sumber semula jadi fosforus yang memberikan satu per empat daripada semua nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan untuk pembesaran dan perkembangannya.
Walaupun baik untuk tumbuh-tumbuhan, fosforus amat bahaya kepada badan manusia sekiranya didedahkan pada tahap tinggi susulan lebihannya menyerap kalsium keluar dari tulang dan menyebabkan badan lemah.
Namun di bulan, elemen mineral ini memainkan peranan penting dalam membantu angkasawan ‘bercucuk tanam’ spesies tumbuhan di permukaan bulan.
Sumber: Daily Mail
The post China Temui Mineral Baharu Di Bulan, Dikenali Changesite-(Y) appeared first on Siakap Keli.
