China terus hulur bantuan kemanusiaan untuk Gaza

27 Oct 2023 • 5:12 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BEIJING: China akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan untuk Semenanjung Gaza bagi membantu penduduk tempatan yang terjejas akibat konflik Palestin-Israel.

Jurucakap Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA) Xu Wei pada Khamis berkata China dukacita menyaksikan kehilangan nyawa dan kecederaan melibatkan orang awam serta situasi kemanusiaan yang semakin parah berikutan konflik itu.

Bagi membantu mengurangkan situasi kemanusiaan di Gaza, kerajaan China memutuskan untuk menghantar lagi bantuan kemanusiaan bernilai 15 juta yuan (RM9.8 juta) yang merangkumi bahan makanan dan ubat-ubatan kepada Gaza.

Terdahulu, China memberikan bantuan tunai sebanyak US$1 juta (RM4.77 juta) melalui Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA) dan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat. -Bernama