China Wajibkan ‘Influencer’ Dan Pempengaruh Punyai Ijazah Sebelum Buat Kandungan Berilmiah

WorldTechnology
28 Oct 2025 • 1:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mulai 25 Oktober lepas, China telah menguatkuasakan undang-undang baharu yang mensyaratkan pencipta kandungan perlu mempunyai kelayakan rasmi untuk menghasilkan video atau kandungan berkaitan topik-topik ilmiah, memetik Daily Mail.

Topik-topik berkenaan merangkumi perubatan, perundangan, kewangan, dan pendidikan. Pencipta kandungan masih dibenarkan mengulas topik lain tanpa sebarang kekangan.

Langkah ini diambil susulan beberapa kejadian di China dan Malaysia di mana maklumat yang diberikan oleh sesetengah individu tidak tepat dan memberi kesan memudaratkan kepada orang ramai. Menurut pihak berkuasa, tindakan ini bertujuan memerangi penyebaran maklumat palsu, terutama membabitkan influencer yang mempunyai pengikut ramai.

Di bawah undang-undang baru ini, influencer dikehendaki menunjukkan bukti kepakaran mereka melalui ijazah, sijil, atau kelayakan profesional yang relevan. Selain itu, pelantar seperti Douyin (TikTok versi China), Bilibili, dan Weibo turut mewajibkan pencipta kandungan menyediakan rujukan boleh dipercayai seperti kajian saintifik, serta menyatakan jika kandungan itu menggunakan kecerdasan buatan (AI).

China turut mengharamkan sebarang periklanan berkaitan perubatan, termasuk suplemen dan makanan kesihatan, bagi mengelakkan penyalahgunaan maklumat.

Bagaimanapun, tindakan ini mendapat kritikan daripada segelintir pihak yang berpendapat ia menyekat kreativiti rakyat dan membataskan kebebasan pencipta kandungan dalam berkongsi idea.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-10-27 10:44:00

Jurulatih PLKN Terima Nota 'Khas' Dari Ibu Bapa Pelatih - "Kami Hantar Budak Lelaki, Kamu Pulangkan Seorang Lelaki Sejati"