Chong Kim Fatt terima Ijazah Doktor Kehormat dari Human Normal University

21 Sep 2023 • 9:25 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

HANGZHOU: Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Chong Kim Fatt hari ini dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran dalam Sukan Tradisional Wushu oleh Institute of Ethnic Sports Culture of Human Normal University.

Kim Fatt yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menerima anugerah yang disampaikan oleh pengarah institut berkenaan Zhang Ji Sheng di Team Processing Center (TPC), di sini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak universiti atas pengiktirafan ini. Penghargaan sama kepada MOM dan presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria kerana selalu membuka jalan dan memberikan sokongan penuh.

“Selain itu, saya juga berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan pihak kerajaan kerana memberi peluang dan sokongan,” katanya yang juga merupakan Presiden Persekutuan Wushu Malaysia ketika ditemui selepas majlis penganugerahan hari ini.

Kim Fatt berkata anugerah berkenaan akan menjadi motivasi untuk beliau memberikan komitmen dan dedikasi penuh demi masa depan sukan Malaysia. -Bernama