Chong mahu Industri pelancongan Sandakan dipergiat

22 Feb 2024 • 2:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Anggota Dewan Undangan Negeri Elopura, Calvin Chong menegaskan kerajaan negeri perlu giat mempromosikan lagi industri pelancongan di Sandakan.

Ini memandangkan industri pelancongan adalah sumber kedua terbesar yang menyumbang kepada ekonomi di Sabah khususnya di Sandakan yang juga merupakan bandar raya kedua terbesar di negeri ini.

Justeru beliau berharap lebih banyak penerbangan domestik ke Sandakan dalam menggalakkan atau memperbanyakkan lagi kehadiran pelancong asing contohnya dari China, Singapura, Jepun, Australia, negara Eropah dan lain-lain ke daerah ini.

Ujar beliau, penerbangan domestik adalah kurang walaupun Sandakan merupakan bandar yang kaya dengan keindahan flora dan fauna serta pulau-pulau yang menarik selain ia juga berpontensi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Bukan itu sahaja Sandakan juga mempunyai produk pelancongan menarik yang sedia ada.

Ramai yang datang ke sini kerana ingin menikmati makanan laut yang murah dan banyak restoran juga menawarkan makanan itu,” tambahnya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Calvin menegaskan kelestarian alam dan pembangunan di Sabah, terutamanya di Sandakan juga harus dapat diseimbangkan.

Manakala kelemahan dari segi infrastruktur dimana masih banyak lampu jalan yang tidak berfungsi, jalan yang berlubang, bangunan lama yang tidak dicat, longkang yang tersumbat sehingga mengeluarkan bau najis dan banyak lagi kekurangan juga perlu diatasi untuk kemudahan pengguna dan juga pelancong.

“Apa yang saya mahu adalah kerajaan negeri pada hari ini harus lebih tegas dan mengetahui arah tuju yang jelas bagi sektor pelancongan.

Ini kerana ia merupakan sesuatu yang boleh dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan yang besar kepada negeri ini dan juga mampu mampu mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada peniaga tempatan di Sabah,” tambahnya.

Justeru, jelasnya, kerajaan negeri perlu terus memperhebatkan promosi pelancongan Sabah khususnya Sandakan.

Ini juga bagi memberi jaminan kepada pelancong termasuk pengunjung dari Semenanjung bahawa kunjungan mereka ke Sabah berbaloi sekaligus membantu meningkatkan lagi pendapatan setempat menerusi sektor pelancongan setempat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.