Chong Mui Lan Pemimpin Pembangunan Masyarakat baharu Dun Api-Api

LocalPolitics
21 Mar 2025 • 2:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Chong Mui Lan @ Theresa Chong dilantik sebagai Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) yang baharu bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) N.20 Api-Api berkuat kuasa pada 25 Februari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-Api Datuk Seri Christina Liew membuat pengumuman itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

“Pertukaran PPM bagi Api-Api adalah untuk memudahkan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada rakyat di kawasan ini.

“Api-Api mengalami kemunduran besar dari segi kemajuan dan pembangunan akibat prestasi lemah atau kegagalan pemimpin pembangunan masyarakat sebelum ini,” katanya.

Liew menyatakan keyakinannya terhadap keupayaan Theresa dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya untuk memenuhi keperluan kawasan Dun Api-Api serta penduduknya.

Orang ramai boleh menghubungi Theresa di 016-8480032 atau menghantar e-mel kepadanya di [email protected].