
Kota Kinabalu: Labuan Strongestman/woman and Ninja Warrior Challenge 2023 pada 15-17 September ini akan menampilkan salah satu atlet terbaik di rantau ini, Choo Kok Wei (gambar).
Orang kuat kelahiran Perak itu yang sudah memenangi gelaran terbuka di Kedah, Brunei dan Singapura sejak awal tahun itu mengesahkan penyertaannya pada Selasa.
Penyelaras acara, Roger Frederick berkata, kehadiran Choo pastinya memberi motivasi kepada peserta lain yang bersaing untuk merebut gelaran.
Menurutnya, 19 sudah mendaftar untuk kategori orang terkuat lelaki setakat ini dan selain Choo, yang terbaru menyertai pertandingan itu ialah Tian Yang dan Dionsius Ng dari Singapura.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Penyertaan asing lain yang sebelum ini sudah imasukkan ke dalam senarai itu ialah pasukan lima anggota dari Brunei diketuai naib juara Borneo Strongestman 2022 Hamizan Zainal dan Azahar Azman (naib juara Terbuka Jakarta), Pg Roslannie Pg Hj Jumat (naib juara Jakarta Master), Ismal Shaiful Baharin (juara Jakarta Novice) dan Elvick Sigar Padan.
Indonesia akan diwakili oleh pemenang pertandingan Strongmania Antarabangsa Indonesia, Johanes, yang juga mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Orang Kuat Terbuka Brunei pada Mei.
Acara tiga hari anjuran Motac Labuan itu akan diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Roger menyeru mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai menarik itu untuk menghubunginya di 016- 8800097.
Yuran pendaftaran bagi acara itu ialah RM250 untuk warganegara Malaysia dan RM350 untuk i bukan warganegara Malaysia dalam acara terbuka lelaki dan RM150 bagi novis wanita.
Warrior Challenge hanya dibuka kepada 50 penyertaan dan yuran pendaftaran ialah RM50 dengan tambahan RM25 untuk baju-T.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
