Chris Martin Dedah Album Ke-12 ‘Karya Terakhir’ Coldplay

WorldMusic
3 Oct 2024 • 2:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Vokalis utama Coldplay, Chris Martin mendedahkan bahawa kumpulan British itu akan ‘bersara’ selepas menghasilkan album ke-12 mereka.

image is not available

Foto: Consequence of Sound

Menurut laporan Consequence of Sound, sempena pelancaran album ke-10 mereka Moon Music, Martin menjelaskan keputusan itu adalah berdasarkan inspirasi daripada karya-karya hebat seperti siri Harry Potter, album-album The Beatles, dan Bob Marley.

“Kami hanya akan menghasilkan 12 album. Ya, itu janji saya,” kata Martin dalam temu bual dengan Zane Lowe di Apple Music 1.

image is not available

Foto: Carian Google

Walaupun ini akan menandakan penghujung era album studio Coldplay, Martin memberi bayangan bahawa projek sampingan dengan rakan-rakan bandnya Jonny Buckland, Guy Berryman, dan Will Champion mungkin masih berlaku pada masa hadapan.

Namun begitu, peminat perlu menghargai Moon Music yang akan dilancarkan pada 4 Oktober ini.

Difahamkan, Coldplay baru sahaja menamatkan jelajah “Music of the Spheres Tour” bahagian Eropah yang mencatat sejarah sebagai jelajah rock pertama meraih pendapatan $1 bilion.

Mereka akan meneruskan persembahan di Australia dan New Zealand pada akhir Oktober, sebelum mengadakan konsert di Asia pada 2025 dan lapan persembahan di Stadium Wembley, London.