Chua Jui Meng banyak berbakti kepada negara: PM

Politics
4 Dec 2023 • 8:18 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, yang meninggal dunia petang semalam.

Anwar berkata, mendiang merupakan figura yang telah banyak menabur bakti kepada negara, khususnya selaku Menteri Kesihatan paling lama, selama sembilan tahun dari 1995 hingga 2004.

Selain itu katanya, Chua turut memainkan peranan penting sepanjang bersama Keadilan, tatkala mengemudi pimpinan parti itu di Johor.

“Segala jasa dan pengorbanannya pasti dikenang rakyat serta rakan-rakan yang turut sama berjuang untuk negara tercinta. Saya doakan urusan keluarganya dipermudah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Chua, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang pada pukul 4.04 petang semalam.

Beliau yang sebelum ini bersama MCA menyertai PKR pada 2009 dan seterusnya dalam tempoh setahun bersama parti itu, beliau dilantik sebagai Naib Presiden parti. - 4 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved