CIDB lancar inisiatif NBeS percepatkan penggunaan teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan di Malaysia

13 Jul 2023 • 3:49 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

CIDB lancar inisiatif NBeS percepatkan penggunaan teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan di Malaysia

diyana

13/07/2023 - 15:49

KUALA LUMPUR 13 Julai - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah melancarkan inisiatif e-Penyerahan BIM Kebangsaan (NBeS) untuk mempercepatkan penggunaan teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) di Malaysia, dan menambah baik proses semakan dan kelulusan pelan bangunan oleh pihak berkuasa tempatan.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid berkata, "Kami percaya NBeS adalah projek yang sangat memberi impak dalam mempercepatkan penggunaan BIM dan meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan dalam pembinaan.

image is not available
Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid

Menurut CIDB, sistem NBeS itu membolehkan pelan bangunan disemak secara digital oleh teknologi BIM, dengan mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) dan Piawaian Malaysia (MS 1184).

Jelasnya, sistem NBeS akan mengurangkan proses semakan daripada 21 hari, kepada 24 atau 48 jam, bergantung kepada kerumitan model BIM.

Inisiatif NBES telah dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad semasa majlis perasmian KL BIM Day 2023 yang diadakan selama dua hari di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Menurut CIDB, Inisiatif itu telah dijalankan sebagai projek perintis melibatkan lima pihak berkuasa tempatan iaitu Perbadanan Putrajaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Kangar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Dewan Bandaraya Kuching Utara.

CIDB berkata ia kini sedang bekerjasama dengan majlis tempatan untuk menyediakan latihan dan perundingan bagi pelaksanaan NBES dan sistem itu akan menarik lebih banyak pelaburan dan projek.

“Walaupun majlis tempatan mungkin perlu membuat beberapa pelaburan bagi menawarkan perkhidmatan NBeS, kami membayangkan pulangan pelaburan boleh direalisasikan dalam beberapa tahun yang singkat, kerana sistem itu akan menarik lebih banyak projek.

“Dengan mengurangkan proses kelulusan, majlis tempatan boleh menarik lebih banyak projek dan pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam daerah mereka,” kata Ahmad Asri. - DagangNews.com

View Original Article