
Selalu kita dengar mama dia menyanyi, tapi kali ini netizen terpukau dan terkesima mendengar suara Cik B menerusi video TikTok baru-baru ini.
Berlatar belakangkan laut dan diiringi petikan ukulele, Cik B menyanyikan lagu ‘Anak Kampung’ nyanyian asal Jimmy Palikat dan ada pula selingan Dato Seri Vida yang berjoget di belakangnya.
Ketika menyanyikan bait ‘Aku anak kampung tiada apa-apa’, Dato Seri Vida menyahut dari belakang,
Heyyy! Bandar lah!”
@cikb_havoc Sing along Anak Kampung dengan Cik B! #anakkampung #semporna #tiktokmalaysia #singalong ? original sound – cikb_havoc66
Ramai yang menonton video itu memuji kelunakan suara Cik B malah ada segelintir individu membandingkannya dengan suara Dato Vida.
Dalam pada itu, ada yang berseloroh dan berkata lagu tersebut tidak sesuai dengan Cik B kerana statusnya sebagai anak seorang jutawan.
Tapi Cik B anak orang kaya, tukar lirik sikit.”
Sementara itu, sesetengah individu akui terhibur dengan telatah Dato Vida yang menari dan menyampuk nyanyian Cik B selain suka melihatnya ‘sporting’ dengan anak.
(VIDEO) Cium Mulut Cik B Sebab Nak Pujuk, Dato Seri Vida 'Disekolahkan' - "Kaya Tapi Miskin Akhlak"
The post Cik B ‘Belanja’ Suara, Gelagat Dato Vida Menyampuk Tukar Lirik Raih Perhatian – “Sedap Suara, Tak Cringe” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


