Cik B Imbau Tragedi Kebakaran Ragut Nyawa 2 Abang, Kongsi Keadaan Vida – “40 Hari Mama Tak Makan, Tak Keluar Rumah”

LocalFamily & Parenting
25 Jun 2025 • 6:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh yang juga anak kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B berkongsi tentang peristiwa sedih dalam hidupnya iaitu ketika kehilangan dua abangnya akibat satu insiden tragis.

Menerusi podcast, Cik B menceritakan tentang kejadian kebakaran yang telah meragut nyawa dua abangnya, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin dan Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin pada tahun 2013.

image is not available

Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, insiden tersebut berlaku di sebuah rumah sewa tempat tinggal staf lelaki yang bekerja di syarikat ibunya.

 

Mama tak bagi pergi, staf semua lelaki

Kongsi Cik B, kebiasaannya dia sering ke rumah itu mengekori dua abangnya namun pada hari kejadian dia dimaklumkan oleh Vida untuk tidak ke situ disebabkan kesemua staf adalah lelaki.

Waktu itu, kedua abang saya ada di situ dan lepak bersama staf yang bujang, saya dan Kacak tengah bermain di luar.

image is not available

Tengah-tengah main, saya yang membelakangi rumah staf nampak abu berterbangan dan bila saya pusing belakang saja, tengok-tengok dah terbakar.

Kejadian itu berlaku sekelip mata dan apabila mereka memaklumkan kepada pengawal keselamatan, api sudah pun marak dan suasana menjadi kecoh.

 

Tiada langsung kesan terkena api

Tambah Cik B, seorang staf menceritakan bahawa dia sudah cuba untuk membantu dua abangnya untuk terjun namun mereka berasa takut dan berlari masuk ke dalam tandas.

Semua staf dapat terjun dan ada yang sampai patah kaki. Selepas api dipadam, kedua abang saya ditemui tak bernyawa di bawah singki tandas. Mereka tak terkena api langsung tapi meninggal dunia sebab tak cukup oksigen.

image is not available

 

40 hari mama tak makan, tak keluar

Cik B turut berkongsi keadaan ibunya setelah kejadian menyayat hati itu apatah lagi ia berlaku beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya lagi, dua abangnya itu juga berdoa setiap malam agar dapat bertemu dengan malam lailatuladar selain tidak meninggalkan solat.

Selepas kejadian itu, dekat 40 hari mama tak lalu makan, tak keluar rumah. Memang nampak dia ‘depress’.

image is not available 3 days ago

Cik B Dedah Harga Baju & Beg Jenama Mewah, Safwan Nazri Terkejut Lagi Mahal Dari Kereta - "Podcast Paling Seram"