Cik B terima kejutan ‘birthday’, DSV hadiahkan Lambhorgini Urus – “Beli RM1.6 juta cash”

LocalCars
25 May 2026 • 9:43 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B menerima kejutan istimewa sebuah kereta mewah Lamborghini Urus Mansory bernilai lebih RM2 juta yang diberikan oleh ibunya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-21.

Hadiahkan Lamborghini Urus Mansory

Image from: Cik B terima kejutan ‘birthday’, DSV hadiahkan Lambhorgini Urus – “Beli RM1.6 juta cash”

Memetik laporan mStar, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, dia berasa terkejut selain terharu apabila impiannya untuk memiliki kenderaan idaman akhirnya tercapai.

@datoserividaofficial

Hadiah paling special kereta idaman cikb dari dulu. Happy belated birthday cikb ANAK MAMA YANG HEBAT #masukberanda #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandamuu #cikb #ttmm2

♬ original sound - QU PUTEH BARULAH PUTEH - QU PUTEH BARULAH PUTEH
“Saya memang tak sangka langsung. Mama ada tanya nak apa sempena ulang tahun kali ini dan saya ada cakap nak Lamborghini Urus warna biru. Tapi tiba-tiba hari ini saya dapat kejutan Lamborghini Urus warna hitam.
“Alhamdulillah, mama tunaikan permintaan saya. Kadang-kadang saya rasa macam tak layak dapat semua ini. Saya memang pernah beritahu itu kereta idaman, tapi saya tak perlukan pun sebab sebelum ini mama sudah belikan Mercedes Brabus G63,” katanya, baru-baru ini.

Menurut Cik B, kejutan berkenaan berjaya dirahsiakan sepenuhnya oleh ahli keluarganya dan dia percaya adiknya, Kacak, turut memainkan peranan penting dalam urusan mendapatkan kereta tersebut.

Image from: Cik B terima kejutan ‘birthday’, DSV hadiahkan Lambhorgini Urus – “Beli RM1.6 juta cash”

“Saya rasa semua orang rahsiakan benda ini daripada saya. Adik saya yang uruskan semuanya, pergi jumpa orang itu dan orang ini untuk dapatkan kereta tersebut,” kongsinya.

Dalam pada itu, Cik B turut meluahkan rasa kagum terhadap pengorbanan serta usaha keras ibunya dalam memastikan dirinya bahagia dengan kehidupan yang cukup selesa.

Malah, dia memasang hasrat untuk bekerja lebih keras demi membalas jasa Vida dan mahu memberi kesenangan kepada ibunya pada masa akan datang.

Image from: Cik B terima kejutan ‘birthday’, DSV hadiahkan Lambhorgini Urus – “Beli RM1.6 juta cash”

“Apa yang saya nak buat adalah membanggakan mama. Saya nak sampai satu tahap bila mama nak pergi bercuti, saya boleh belikan tiket. Apa sahaja mama nak, saya boleh sediakan.
“Saya nak muliakan balik mama saya. Saya nak dia berehat, duduk rumah, pergi bercuti dan tak perlu lagi fikir soal bisnes. Biar saya yang uruskan semuanya.
“Tapi saya tahu bukan mudah untuk ambil alih perniagaan mama. Mama ada lebih 200 pekerja dan saya sendiri tertanya-tanya macam mana seorang ibu tunggal mampu menguruskan semua itu,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Terima hadiah hari jadi, Cik B nak ‘kenenkan’ Fazley Yaakob dengan DSV – “Mak saya Chinese look”

Sebelum ini, Cik B menjadi perhatian netizen apabila menerima kejutan istimewa daripada cef selebriti, Fazley Yaakob sempena ulang tahun kelahirannya.

Bukan sekadar mengucapkan terima kasih tetapi Cik B turut secara berseloroh menyatakan hasrat untuk menjodohkan ibunya, Datuk Seri Vida, dengan Fazley Yaakob berdasarkan ciri-ciri wanita idaman yang pernah dikongsikan cef selebriti itu, sekali gus mengundang gelak tawa netizen.

Sumbr: mStar (Maszuhaira Sarimin)