Cik Epal suruh jual Mustang, tapi Jofliam minta pulangkan ‘hidung’ dulu

LocalEntertainment
2 Dec 2024 • 10:10 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Jofliam minta pulangkan

Konflik antara usahawan, Jofliam dengan bekas isterinya, Cik Epal masih belum menemui jalan penyelesaian walaupun mereka sudah disahkan bercerai sekitar bulan Oktober lalu.

Terbaharu, Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar meminta Cik Epal untuk memulangkan kembali barang-barang anaknya seperti Ipad yang didakwa disorok bekas isterinya itu.

Menerusi tangkap layar perbualan yang tular di media sosial, dapat dilihat Jofliam berhubung dengan Cik Epal melalui aplikasi WhatsApp dengan mengarahkan bekas isterinya itu menghantar barang-barang tersebut yang telah dibeli untuk dua orang anaknya sebelum ini.

Jofliam minta pulangkan

image is not available

image is not available

“Barang-barang Han sekali dengan Ipad, minta jangan sorok Ipad ni daripada dia sebab ipad ni dia nak guna untuk sekolah.

“Tolong pulangkan semua pada minggu depan seperti apa yang saya sediakan. Apa yang saya beri, tolong bagi semula.

“Kasut bola esok dia ada latihan bola, pulangkan juga next week,” kata Jofliam.

Cik Epal hanya mengendahkan permintaan bekas suaminya itu sebaliknya menyuruh Jofliam menjual Mustang dan membahagikan hasil jualan itu kepada dua bahagian secara sama rata.

Bagaimanapun, Jofliam berkata dia hanya akan berbuat demikian sekiranya Cik Epal ‘mengembalikan hidungnya’ telah membuatkan pempengaruh itu berang.

Jofliam minta pulangkan

image is not available

Terdahulu, perkahwinan pasangan pempengaruh tersebut telah menjadi perhatian apabila Jofliam tampil membuat kenyataan bahawa rumah tangga mereka sedang mengalami masalah.

Ada dakwaan mengatakan perkahwinan mereka bergolak disebabkan kewujudan staf wanita yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Jofliam.

image is not available

image is not available

Namun begitu, usahawan tersebut menafikan sekerasnya tuduhan itu dan menyatakan hubungan mereka tidak lebih dari seorang majikan dan staf sahaja.

Pasangan ini kemudian sah bercerai pada 9 Oktober lalui selepas mendirikan rumah tangga selama sedekad dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Sumber: Instagram @Jofliam