Cik Epal Tuntut Dewi Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka Dan Ganti Rugi RM1 Juta

LocalEntertainment
28 Oct 2024 • 12:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Cik Epal Dewi

Pempengaruh dan juga usahawan, Cik Epal telah mengambil tindakan undang-undang terbadap wanita yang didakwa ada hubungan dengan bekas suaminya iaitu Emira Delyati Dewi.

Menerusi Instagram, Cik Epal memuat naik satu hantaran yang menunjukkan notis tuntutan yang menggesa Dewi untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta.

Aku telah menghantar notis tuntutan kepada Dewi melalui peguam aku. Aku menuntut Dewi membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi RM1 juta kepada aku.

Kenyataan Dewi jatuhkan reputasi Cik Epal

image is not available

Bukan tu jer, Cik Epal juga mendakwa yang Dewi telah mencalarkan imej dan reputasinya selepas mengeluarkan kenyataan yang mendakwa pempengaruh itu adalah punca keretakan rumah tangga Dewi sebelum ini.

image is not available

Sebelum ini, Dewi tampil membidas mesej dihantar seorang netizen yang menuduhnya sebagai pemusnah rumah tangga pempengaruh, Cik Epal dan Jofliam.

Dewi mendakwa, fitnah yang dilemparkan Cik Epal telah menyebabkan rumahtangganya hancur. Dewi menyatakan, itu menjadi punca Cik Epal menawarkan dirinya menjadi isteri kedua Jofliam demi menebus kesilapan.

#OhmediaNasihat

Dalam dunia media sosial yang semakin terbuka, fitnah atau kenyataan yang mencalarkan reputasi boleh memberi kesan mendalam. Sebagai pengikut dan pengguna media sosial, kita perlu bijak dalam menilai sesuatu isu dan mengelakkan daripada terlibat dalam perbalahan yang boleh mengguris hati orang lain. 

Hormati privasi dan pilihlah untuk menyebarkan kebaikan, bukannya menyemarakkan api permusuhan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Cik Epal