Cik Epal Umum Habis Idah, Buka Ruang Mana-Mana ‘Dato’ Masuk Line

LocalEntertainment
6 Nov 2024 • 10:24 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pempengaruh media sosial terkenal, Cik Epal sekali lagi tarik perhatuan kita selepas mengumumkan bahawa dirinya telah habis idah dan sah bercerai dengan usahawan Jofliam.

Melalui hantaran di Instagram, Cik Epal mengakui kini sudah kembali solo dan sempat menyindir dengan nada berseloroh, seolah-olah mengingatkan kata-kata seseorang yang pernah membuat pengumuman serupa.

Tidak cukup dengan itu, Cik Epal turut mencetuskan sensasi apabila secara terbuka mengajak golongan Dato’, Dato’ Sri, Tan Sri, duda hot, dan lelaki bujang yang single untuk mencuba nasib berkenalan dengannya.

Buat Dato’, Dato’ Sri, Tan Sri, duda hot, lelaki bujang, asalkan helok dan single, dah boleh masuk line. Hahahaha.- Tulisnya dengan nada yang penuh kelakar.

Tak mahu terima suami orang

image is not available

Dalam kenyataan lanjut, Cik Epal turut menekankan bahawa selepas pengalaman lalu, beliau tidak lagi berminat dengan suami orang.

Perceraian mereka dipercayai berpunca daripada kehadiran orang ketiga, yang membawa kepada kekecewaan mendalam dalam hidupnya.

image is not available

Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Cik Epal untuk terus maju dan memulakan kehidupan baru.

Ada juga yang mencadangkan agar beliau menunaikan umrah atau pergi bercuti untuk mencari ketenangan diri.

Sebelum ini, Cik Epal telah mengesahkan bahawa beliau telah diceraikan dengan talak satu oleh Jofliam, dan isu rumah tangga mereka sering mencetuskan kontroversi di media sosial.

#OhmediaNasihat

Perceraian adalah perkara yang sukar, dan tidak mudah untuk melalui fasa ini. Namun, kesabaran dan kekuatan hati mampu membawa kita kembali berdiri teguh.

Kepada mereka yang mengalami perkara serupa, sentiasa ingat bahawa hidup ini ada hikmah di sebalik setiap dugaan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram