'Cikgu Aineda...perginya di bulan mulia' - Warga maya menangis!

LocalOpinion
6 Mar 2025 • 2:59 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Cikgu Aineda meninggal dunia pada Khamis (6 Mac) bersamaan 5 Ramadan 1446.

Ramadan, bulan yang penuh keberkatan, menyaksikan pemergian seorang guru yang telah banyak berjasa dalam dunia pendidikan.

Cikgu Aineda Noorazmi yang merupakan Guru Akademik Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, Perak meninggal dunia pada Khamis (6 Mac) bersamaan 5 Ramadan 1446, kongsi Pegawai Pendidikan Daerah Kerian, Mohd Paku Ruzi Min di Facebook.

Menerusi perkongsian grup guru di platform Facebook, tiada inyatakan sebab atau punca pemergian Cikgu Aineda di bulan yang mulia ini.

Namun, kehilangan Allahyarham pastinya dirasai oleh semua yang pernah mengenali dan menimba ilmu daripada beliau.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta segala ilmu yang telah dicurahkan akan terus mengalir sebagai pahala jariah yang tidak terputus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved