“Cikgu Aku Dulu Macam Warden Penjara”- Guru Peluk & Dukung Murid Darjah 1 Curi Perhatian Ramai [Video]

19 Mar 2024 • 5:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Buat kanak-kanak yang baru sahaja berumur 7 tahun, melangkah ke alam persekolahan mungkin detik-detik yang menakutkan kerana mereka perlu berkenalan dengan orang baru.

Seperti yang ditunjukkan oleh murid-murid penggal 2024/2025, pelbagai gelagat lucu dan sedih berlaku semasa hari pertama persekolahan.

Sebelum ini, beberapa orang kanak-kanak dilihat menitiskan air mata dan ‘meraung’ ketika masuk ke bilik darjah walaupun ditemani oleh ibu bapa di sisi mereka.


Guru Penyayang Dukung & Peluk Murid PPKI Yang Sedih

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@ayuni.mae), menyaksikan seorang guru sekolah kebangsaan dikenali sebagai Nur Ayuni sedang melakukan tugas di mejanya.

Namun selepas beberapa ketika, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun datang ke tempat Cikgu Ayuni lalu mendakapnya.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut adalah murid pendidikan khas di mana golongan ini memerlukan perhatian lebih berbanding yang lain. Jelas Cikgu Ayuni di ruangan kapsyen, murid tahun satu itu masih tidak biasa dengan persekitaran sekolah yang baru tersebut.

image is not available
Sumber: TikTok (@ayuni.mae)

Dia peluk sebab dia nak cool down sebenarnya. Semoga awak dapat sesuaikan diri secepatnya.

Cikgu Ayuni.

Walaupun guru tersebut memujuk kanak-kanak perempuan itu beberapa kali dengan belaian dan tepukan di bahagian belakang badan, namun si kecil masih tidak mahu berpisah dengan cikgu kesayangannya itu. Memang kelihatan manja sungguh!

@ayuni.mae

murid tahun 1 camni laa hehe. hari demi hari ticer cuba nak fahamkan awak macam mana 😇 #teacher #cikgu #specialeducation

♬ I like you the most by Shad English Cover – Bom Moniko


Netizen Bandingkan Guru Zaman Dulu & Sekarang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap penyayang cikgu ini. Ada juga yang meninggalkan komen-komen lucu dan ada segelintir yang berseloroh mahukan orang seperti Cikgu Ayuni untuk mengajar mereka pada masa dulu.

“Cikgu darjah satu aku dulu macam warden penjara,” kata seorang individu.

Dalam masa sama ada yang menyifatkan guru pada era sebelum ini sangat garang jika dibandingkan dengan pengajar Gen Z.

“Cikgu sekarang semua lemah-lembut. Kalau dulu, depan pintu pagar dah macam harimau menunggu,” kata seorang warganet.

Sementara itu, ramai juga di kalangan netizen turut mengharapkan agar anak mereka dilayan baik oleh guru sebegitu rupa ketika berada di pekarangan sekolah.

“Tahun depan anak masuk Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Hopefully dapat cikgu penyayang macam ni, layan sahaja. Anak saya pun manja. Macam budak 2-3 tahun lagi kefahaman dia. Risau cikgu garang sangat, anak cepat trauma,” jelas seorang ibu.

image is not available
Sumber: TikTok (@ayuni.mae)

Source:

View Original Article