Cikgu Didakwa ‘Lepuk’ Kepala, Tendang Murid Di Perhimpunan Kini Disiasat

14 Dec 2023 • 3:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular di media sosial sejak semalam rakaman video pendek menunjukkan seorang cikgu memarahi dua orang murid di perhimpunan.

Cikgu itu bertindak keterlaluan apabila melempang dan menolak murid di depan orang ramai dipercayai kerana tak berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku.

image is not available

Terbaru, Berita Harian melaporkan Jabatan Pendidikan negeri (JPNT) sedang menjalankan siasatan mengenai video tular itu.

Azman Othman @ Abdullah selaku Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah) JPNT berkata, pihaknya setakat ini tak dapat memberi kenyataan lanjut kerana kes masih disiasat.

Namun pihaknya difahamkan kejadian berlaku di dewan perhimpunan ketika perhimpunan diadakan sempena program cegah rokok dan vape, kira-kira jam 10 pagi, semalam.

image is not available

Individu yang memuat naik video turut mengesahkan tindakan lanjut sudah diambil pihak berkenaan. Dia meminta orang ramai berhenti mengecam pelaku kerana itu bukanlah objektif sebenarnya.

Cikgu Mohd Fadli Salleh turut meluahkan pendapat tak bersetuju dengan tindakan guru berkenaan ‘ringan tangan’ di depan orang ramai.

image is not available

Beliau berharap kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan tak berulang di masa akan datang. Iyalah, macam mana guru nak dihormati kalau diri sendiri membuatkan orang hilang hormat, betul tak?

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.