
Tular sebelum ini mengenai kisah Cikgu Din yang dinafikan peluang untuk bertukar tempat bertugas berikutan isterinya yang disahkan menghidap barah tulang rawan ‘stage’ 4.
Cikgu Din yang kini bertugas di Kanowit, Sarawak ada membuat permohonan untuk bertukar ke Semenanjung namun tidak diluluskan kerana tempoh perkhidmatannya sebagai guru tetap belum mencukupi tempoh 36 bulan.

Namun, dengan kuasa ‘viral’ oleh netizen yang berkongsi kisah Cikgu Din di media sosial, akhirnya kisah sedih guru itu mendapat perhatian pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menerusi satu kenyataan, Cikgu Din telah diberikan cuti oleh KPM bagi bersama-sama dengan isterinya,, Nor Atiqah yang berada di Kelantan yang pada ketika ini sedang bertarung dengan penyakit kronik itu.
Menurut KPM lagi, pihak mereka akan memastikan kebajikan Cikgu Din terpelihara selain bakal mengadakan pertemuan dalam masa yang terdekat.
Terdahulu, Nor Atiqah mengatakan penyakit yang dihidapinya itu semakin agresif di mana doktor sendiri memaklumkan jangka hayatnya mungkin tidak bertahan lama.
Ia sekaligus membuatkan netizen berasa pilu hati kerana ramai merasakan Cikgu Din perlu berada di samping isterinya bagi menghadapi saat-saat sukar seperti itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Kerja Keras Ibu Bapa! Yuran Tadika & Taska Dijangka Naik Sebanyak 25% Mulai Tahun Hadapan
The post Cikgu Din Diberi Cuti Untuk Bersama Isteri Hidap Kanser Tulang Rawan ‘Stage’ 4 Hasil Kuasa ‘Viral’ Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


